| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Penutupan Program Suara Dari Lembah Harapan Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Dengan Kerjasama Jabatan Penjara Malaysia

Pada 15 Ogos 2023 (Selasa) Pejabat Pengarah Negeri Perlis dan Pusat Koreksional Perlis telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Program Suara Dari Lembah Harapan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia di Dewan Kecermerlangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Majlis Perasmian Penutupan Program Suara Dari Lembah Harapan tahun 2023 di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PerlisTuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan dihadiri oleh Yang Berbahagia Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan Dan Koreksional) TKJP Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak , Yang Berusaha Dr. Hazami bin Jahari,Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka serta tetamu kehormat, Pengarah Penjara Negeri,Ketua Institusi, Ketua Agensi Kerajaan Negeri dan pelajar Universiti Malaysia Perlis.

Program Suara dari Lembah Harapan merupakan program kerjasama DBP dan Jabatan Penjara yang melibatkan penghuni penjara di bawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia. Seramai 186 penghuni lelaki dan perempuan berumur 26 tahun ke bawah dari 36 Institusi Jabatan Penjara Malaysia diberi peluang untuk mengetengahkan bakat dan hasil karya mereka dalam Program Pertandingan Suara Dari Lembah Harapan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) .Empat (4) kategori dipertandingkan iaitu persembahan teater, deklamasi sajak, nyanyian lagu puisi dan baca naskhah yang mana juara setiap kategori mempersembahkan karya masing-masing.

Program ini adalah.sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti keilmuan yang menjadi teras pembangunan bangsa khasnya dalam usaha pemulihan penghuni untuk menjadikan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh dengan harapan mereka dapat berbakti semula kepada masyarakat dan negara.