Pada 22 Ogos 2023, bertempat di Dewan Kristal Wisma PERKESO Negeri Melaka, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah mengadakan kolaborasi dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Melaka di dalam Program Advokasi Dan Profiling Majikan.
Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pihak majikan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada penghuni penjara dan secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di kalangan warga kerja tempatan. Seramai (40) majikan telah hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh PPP Nobin Kumar Chaudury a/l Nanda Gopal Chaudury dari Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM. Turut hadir PP Shaharudin Bin Ahmad, Ketua Bahagian Parol Negeri Melaka serta Pegawai Parol Melaka Tengah. Majlis disempurnakan oleh Encik Abd Razak Bin Omar Pengarah PERKESO Negeri Melaka.