Pada 10 Ogos 2023 (Khamis) jam 9.00 pagi , Penjara Seremban mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi Pra Penyerahan projek Elektronik Bersepadu SKEB di bilik mesyuarat Melati Penjara Seremban. Mesyuarat tersebut di pengerusi oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), YBhg. Dato’Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak , turut hadir PKP Sharil Bin Basir Pengarah Penjara Seremban, PKK Muhammad Kamal Bin Shamsuddin Bahagian (Keselamatan dan Inteligen) , PP Rahmat Bin Abdullah Timbalan Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Ketua Jurutera Elektrik Negeri (JKR) dan Syarikat kontraktor Waaqil Sdn.Bhd.
Mesyuarat dimulakan dengan penerangan projek secara ringkas serta kemajuan fizikal projek SKEB yang dijalankan oleh Syarikat Waaqil. Lawatan kerja bermula melawat bilik SKEB yang dilengkapi peralatan CCTV, paparan L.E.D dan peralatan Elektronik Keselamatan. Lawatan juga diteruskan ke blok penempatan banduan dan bengkel, lawatan ini bertujuan untuk mengetahui keupayaan dan melihat sendiri SKEB yang akan digunakan di Penjara Seremban.