Pada 10 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah menganjurkan Taklimat Anti-Bribery Management System (ABMS) 37001:2016 dan Isu-Isu Integriti di Jabatan Penjara Malaysia. Seramai 50 kakitangan telah hadir terdiri daripada Pegawai Integriti Institusi, Urusetia ABMS institusi dan kakitangan PPN Melaka serta PPD Melaka Tengah.
Taklimat tersebut membincangkan mengenai pelaksanaan ABMS, penemuan audit, penambahbaikan serta isu isu intergriti di kalangan anggota penjara. Program ini diharapkan dapat mengukuhkan integriti di kalangan anggota parol serta anggota institusi penjara di bawah seliaan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka. Fokus utama program ialah menjadikan Jabatan Penjara Malaysia sebagai salah sebuah organisasi koreksional yang dikenali melalui tahap ketelusan yang tinggi.
Taklimat disampaikan oleh PKK Raja Nazril Azman bin Raja Azam, Pengarah Unit Integriti IPPM. Turut hadir PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka.