Penjara Sungai Udang, Melaka – Pada 27 Julai 2023 (Khamis), bertempat di Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang telah diadakan Majlis Penganugerahan Program Peneraju Waja Skil Perantisan Kerjasama Di Antara Air Asia Academy dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato’ Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Keselamatan Dan Koreksional. Turut hadir YBrs. KP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, TKP Roslan Bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam, Pengarah Penjara Sungai Udang, YBrs. Dr. Amina Josetta Kayani, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, YBrs. Dr. Ram Raj Gopal, Pengarah Air Asia Academy, Pengarah Penjara Wanita Kajang, Pengarah Penjara Tapah, Pengarah Penjara Kluang, Pengarah Penjara Pokok Sena, Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad dan Komandan Institut Koreksional Malaysia, Melaka.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi meraikan seramai (20) orang banduan wanita yang telah menamatkan program kerjasama di antara Jabatan Penjara Malaysia bersama Air Asia Academy dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bermula 10 Julai 2023 sehingga 25 Julai 2023 (14 hari). Setiap peserta telah dianugerahkan sijil penyertaan, insentif dan cenderamata sumbangan daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.