Pada 21 Julai 2023 jam 8.30 pagi, Penjara Penor telah menerima lawatan Kerja Rasmi daripada Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Vokasional dan Industri), TKP Meor Azizi Sapawi bin Ahmad Sepuan. Lawatan turut disertai oleh Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH Dato’ Abu Hasan bin Hussain.
Program dimulakan dengan penerangan ringkas berkaitan hala tuju Vokasional dan Industri Penjara Penor khususnya Projek Agro Penjara – Program Pemulihan Dalam Komuniti (Cadangan Tanaman Fertigasi Cili dan Kelapa) yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Penor, PKK Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi.
Lawatan kerja bermula dengan melawat tapak cadangan Pembinaan Galeri Jualan Tenun Pahang Diraja seluas 5 ekar dan tapak cadangan Tanaman Fertigasi Cili seluas 5 ekar. Lawatan diteruskan ke tapak tanaman kelapa jenis SGG sedia ada dan tapak cadangan tanaman kelapa seluas 10 ekar.
Lawatan kerja diteruskan ke kolam Penternakan Ikan Air Tawar. Demostrasi pembenihan ikan keli telah dibuat oleh banduan kerja yang menjalani program SLDN Penternakan Ikan Air Tawar. Kemuncak lawatan adalah gimik pelepasan benih ikan keli ke dalam kolam oleh YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak.
Program lawatan kerja diakhiri dengan perjumpaan YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak bersama semua pegawai Vokasional dan Industri di Bilik Mesyuarat Penjara Penor.