| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Training Of Trainers Program Literasi Dan Numerasi Pegawai Program Pembangunan Insan (PPI) Zon Sabah Dan Sarawak Jabatan Penjara Malaysia

1. PENGENALAN

Pendidikan adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Berdasarkan kepada Peraturan Penjara 1995 (Akta 537) dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 perkara 151 (2) menggariskan bahawa perhatian khas hendaklah diberikan kepada pendidikan bagi banduan buta huruf dalam masa yang ditentukan oleh pegawai yang menjaga.

Dalam pematuhan Peraturan Mandela: Pendidikan Rekreasi juga menggariskan bahawa peruntukan hendaklah dibuat untuk pendidikan lanjutan semua banduan yang mampu mendapat keuntungan daripanya, termasuk pengajaran agama di negara-negara di mana ini mungkin.Pendidikan buta huruf dan banduan muda hendaklah diwajibkan dan perhatian khusus hendaklah diberikan kepadanya oleh pentadbiran.

Sektor Pendidikan telah mengambil peranan dalam Program Pemulihan Khas dengan kelas pemulihan bukan sahaja dari aspek prasarana, juga dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan saringan awal dan Modul khas serta guru pemulihan yang terlatih.


2. OBJEKTIF

a) Memberi pendedahan kemahiran pengajaran literasi dan numerasi kepada pegawai PPI agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

b) Memberikan peluang kepada pegawai PPI dalam meningkatkan kemahiran mengajar.

c) Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada banduan muda dengan lebih berkesan agar dapat membantu banduan dalam meneruskan kehidupan selepas dibebaskan.

d) Menjalin hubungan kerjasama dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui program pendidikan.

3. KUMPULAN SASARAN

Kursus ini akan diadakan selama 3 hari dan peserta kursus terdiri daripada (3) orang wakil Pegawai PPI di setiap institusi zon Sabah dan Sarawak melibatkan seramai (36) orang pegawai PPI di bawah penyelarasan Encik Mohd Haniff bin Zawawi.

4. PELAKSANAAN KURSUS:

Tarikh : 5-7 Julai 2023
Masa : 8.30 Pagi Hingga 4.30 Petang
Tempat : Bilik Latihan Penjara Puncak Borneo, Sarawak

5. METODOLOGI LATIHAN

a) Teknik mengajar oleh guru pemulihan khas daripada Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

b) Kursus dijalankan secara teori dan praktikal berdasarkan Modul Literasi dan numerasi.

6. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Tarikh : 7 Julai 2023 (Jumaat)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Auditorium Pejabat Pengarah Negeri Sarawak
Perasmi : TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Korektional)