Program Ceramah Bulan Zulhijjah Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1444H / 2023M telah diadakan pada hari Rabu, 21 Jun 2023 bermula jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, persembahan nasyid dan sajak daripada penghuni dan ceramah agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us Mohammad Rozie Bin Mohd Rejab bertajuk ibrah sebalik pengorbanan. Hadir sama dalam program ini ialah Timbalan Penguasa Penjara, Tuan Muhamad Faris Bin Rosli, Ketua Seksyen Pemulihan Penjara Kajang. Seramai 300 orang banduan bersama dalam program ini.