Pada 27 Jun 2023 jam lebih kurang 10.00 pagi, telah berlangsung Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) IHSAN MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena perayaan Hari Raya Aidiladha Tahun 2023 yang melibatkan seramai (8) orang banduan lelaki. Pelepasan ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Mohd Hafizey bin Yahaya, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang. Turut hadir Penguasa Penjara Shaharudin bin Ahmad, Ketua Seksyen Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka, Timbalan Penguasa Penjara Mohd Sazeli bin Mohd Noor, Ketua Unit Pengurusan Banduan Penjara Sungai Udang dan KIP Muhamad Kamil bin Mohamed Silah, Ketua Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Sungai Udang.