Pada 23 Jun 2023 (Jumaat), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Ceramah Integriti Siri 1 2023 untuk kakitangan Pusat Koreksional Bintulu yang telah disampaikan oleh Ustaz Awang Fakrulrizan bin Awang Madohi daripada Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu. Ceramah ini adalah sebagai asas dalam memupuk dan membudayakan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam disamping memberi kesedaran dan mendorong kakitangan untuk sentiasa mengutamakan aspek integriti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Seramai empat puluh (40) kakitangan telah terlibat dalam ceramah pada kali ini. Ceramah ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.