Pada 13 Jun 2023 (Selasa), Pusat Koreksional Bintulu telah menerima lawatan daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching dan seramai empat (4) orang telah terlibat dalam lawatan pada kali ini. Diantara pengisian lawatan adalah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan negara Indonesia iaitu “Indonesia Raya”, disusuli dengan sesi taklimat ringkas dan sesi dialog Konsulat Jenderal Republik Indonesia bersama banduan / tahanan warga Indonesia dan akhir sekali adalah sumbangan barangan keperluan asas banduan / tahanan warga Indonesia. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah berakhir pada jam 11.00 pagi.