Pada 9-11 Jun 2023 dan 16-18 Jun 2023 , Penjara Bentong telah mengadakan latihan menembak selama (6) hari yang bertempat di Lapang Sasar IPD Bentong, Bentong. Latihan menembak ini melibatkan seramai (480 ) orang anggota yang terdiri daripada kakitangan Penjara Bentong, Pejabat Pengarah Negeri Pahang, Pejabat Parol Daerah Temerloh, Pejabat Parol Daerah Jerantut dan Unit K9 Negeri Pahang. Sebanyak lima jenis senjatapi yang digunakan semasa latihan menembak iaitu CZ P-10 C, Revolver .38, Heckler & Koch MP5, Pump Action Gun dan M16 Rifle. Objektif latihan ini diadakan adalah bagi melatih anggota agar mahir dalam mengendalikan dan menggunakan senjatapi. Semua anggota yang terlibat telah terlebih dahulu menghadiri latihan kering penggunaan senjatapi sebelum menghadiri latihan menembak secara praktikal. Turut hadir bersama latihan menembak TKP Dato’ Abu Hassan Bin Hussain Pengarah Penjara Negeri Pahang,TKP Mohamad Bin Ismail Pengarah Penjara Bentong dan Superintenden Zaiham Mohd. Kahar Ketua Polis Daerah Bentong.