Pada 8 hingga 11 Jun 2023, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pahang dan Penjara Penor telah diberi mandat untuk mengelolakan Kejohanan Sukan Prison Interstate 2023 - Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali Ke – 39 anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia. Kejohanan ini berlangsung di 3 vanue pertandingan iaitu Padang 4 Briged Kem Batu 10, Kuantan, Padang Lapangan Terbang Kuantan dan Stadium Darul Makmur, Kuantan yang melibatkan 13 pasukan yang mewakili 13 Pejabat Pengarah Penjara Negeri. Acara perasmian sepak mula kejohanan telah disempurnakan oleh YH Timbalan Komisioner Penjara Dato’ Abu Hasan bin Hussain pada 8 Jun 2023 yang melibatkan perlawanan di antara Pasukan Pahang menentang Pasukan Perlis di Padang 4 Briged Kem Batu 10, Kuantan.
Perlawanan akhir telah berlangsung pada 11 Jun 2023 jam 3.00 petang melibatkan Pasukan Perak lawan Pasukan Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Seterusnya Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Prison Interstate 2023 - Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali Ke – 39 telah disempurnakan oleh Komisioner Penjara YBhg. Dato’ Narander Singh a/l Chand Singh Pengarah Pembangunan Profesionalisme Merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Penjara Malaysia pada jam 4.35 petang. Keputusan Johan Perlawanan telah dimenangi oleh Pasukan Selangor, Naib Johan dari Pasukan Perak dan Tempat Ketiga bersama adalah dari Pasukan Pahang dan Sabah. Penerima anugerah Penjaring terbanyak adalah Helim Huzaini dengan 4 gol (Sabah), Pemain Terbaik Mohd Akmal Chin (Selangor), Pemain Harapan Nickdino Jim (Melaka), Penjaga Gol Terbaik W. Azizul Hakim bin W. Sulaiman (Selangor) dan Pemain Paling Senior Tony Paga (Sabah).
Turut hadir dalam Majlis Penutupan Kejohanan adalah Pengarah Penjara Negeri Melaka, Pengarah Penjara Negeri Perak, Pengarah Penjara Negeri Kelantan, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Pengarah-Pengarah Penjara Zon Timur, Setiausaha Kehormat dan Pegawai Majlis Sukan Penjara Malaysia dan lagenda bola sepak Negara, Dato’ Ahmad Yusoff.