Pada 24 Mei 2023 (Rabu) dan 25 Mei 2023 (Khamis), Unit Latihan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Kursus Pengendalian Senjata Api Siri 1/2023 bertempat di Lapang Sasar Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua, Melaka kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang dikendalikan oleh Sarjan Mejar Penjara Bil. 6850 Zahari Bin Zainal dan Sarjan Penjara Bil. 13320 Mohammad Yusry Bin Mislan melibatkan seramai (54) pegawai kanan dan (32) anggota lain-lain pangkat.
Tujuan utama penganjuran kursus ini adalah sebagai ulangkaji pelajaran kepada Pegawai dan anggota di Pusat Koreksional Jasin, Melaka dalam mengendalikan penggunaan senjata api semasa bertugas mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) selaras dengan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara Bil. E401. Antara objektif utama adalah :-
1. Melatih dan meningkatkan tahap abiliti anggota agar mahir dalam mengendalikan dan menggunakan senjata api.
2. Meminimumkan kecuaian penggunaan senjata api semasa bertugas serta meningkatkan kecekapan dalam pengendalian senjata api.
3. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan senjata api.
Di akhir kursus, diharap objektif pihak pengurusan untuk melahirkan pegawai dan anggota yang berilmu, mahir dan berkaliber dapat direalisasikan.










