29 Mei 2023, Jam 0900 pagi bertempat di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah - Program PBSL Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) telah diadakan Sempena Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan tahun 2023 antara OBB bersama dengan ahli keluarga. Pelepasan pada kali ini melibatkan 47 orang banduan (04 banduanita Penjara Wanita Kota Kinabalu yang terpilih). Majlis ini telah dihadiri oleh 47 ahli keluarga OBB. Kemeriahan program tersebut bertambah dengan kehadiran YB Pn. Jannie Lasimbang ADUN N25 Kepayan yang turut berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Turut hadir bersama ke majlis tersebut ialah YDH TKP Hajah Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah Dan W.P Labuan, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, TPP Mohammad Sa'ad bin Bantalani, wakil Ketua Institusi Penjara, OBB dan ahli keluarga OBB. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada OBB untuk meraikan Pesta Kaamatan bersama ahli keluarga disamping menjadi hari penting bagi ke semua OBB untuk menghargai peluang bersama keluarga dan menyemai kasih sayang antara ahli keluarga.