29 Mei 2023, Isnin – pada jam lebih kurang 10:30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Koreksional Labuan, telah diadakan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) sempena Hari Kaamatan tahun 2023. TPP Sharudin telah menyempurnakan majlis penyerahan OBB tersebut dengan jayanya di mana pelaksanaan pelepasan ini telah dijalankan secara serentak di seluruh institusi Penjara Malaysia. Seramai 4 OBB (Orang Banduan Berlesen) Pusat Koreksional Labuan telah diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing serta majikan mereka yang mana kesemuanya berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan.