29hb Mei 2023, Institusi Penjara Tawau, Sabah telah melaksanakan Program Pelepasan OBB PBSL Sempena Sambutan Hari Kaamatan. Pelepasan pada kali ini melibatkan 16 orang banduan yang terpilih termasuk 03 OBB ke Rumah Perantaraan dan 01 OBB akan dihantar ke PPD Pedalaman dan telah dihadiri oleh 12 ahli keluarga OBB yang terlibat. Program ini telah disempurnakan oleh PKK Kamarul Zaman Bin Ali Zaman dan turut dihadiri oleh PP Shamsul Zuraimi Bin Mat Shah (Timbalan Pengarah Penjara Tawau). Antara pengisian dalam program ini ialah pelepasan 12 orang OBB kepangkuan keluarga masing-masing. Objektif utama program ini antaranya adalah memberi peluang kepada OBB menyambut perayaan Hari Kaamatan bersama keluarga bagi yang meraikannya, memberi peluang kepada OBB agar menghargai peluang bersama keluarga dan menanam sifat kasih sayang antara ahli keluarga disamping memberi peluang kepada OBB supaya memohon kemaafan kepada ahli keluarga sempena sambutan Hari Pesta Kaamatan pada tahun ini. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama PKK Kamarul Zaman Bin Ali Zaman, PP Shamsul Zuraimi Bin Mat Shah, Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Tawau dan ahli keluarga OBB.