Matomo

Program Khidmat Komuniti Dan Solat Jumaat Siri-21 Di Masjid Al-Mubarak Kg Kelubi Jasin, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khidmat Komuniti Dan Solat Jumaat Siri-21 Di Masjid Al-Mubarak Kg Kelubi Jasin, Melaka

26 Mei 2023, seramai (10) penghuni dan (8) orang kakitangan Pusat Koreksional Jasin telah terlibat dalam Program Khidmat Komuniti dan Solat Jumaat Siri-21 di Masjid Al-Mubarak Kg Kelubi Jasin, Melaka. Program telah bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sehingga selesai Solat Jumaat. Antara aktiviti utama adalah membersihkan kawasan persekitaran dalaman dan luaran masjid disamping bersua kenal menyambung silaturrahim dengan penduduk setempat. Program sebegini dapat memupuk dan mengintegrasikan penghuni bersama masyarakat luar disamping melatih mereka agar menjalani kehidupan dengan sahsiah dan pegangan agama yang teguh apabila dibebaskan kelak.