| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Lawatan Ke Bilik Pameran Dan Program Tafaqquh Fiddin Di Penjara Penor

Pada 21 Mei 2023 Institusi Penjara Penor telah menerima lawatan daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lawatan telah diketuai oleh TKP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama TKP Mohd Roslen bin Ramli Pengarah Penjara Kajang, PKK Zalina binti Mohd Yunos Pengarah Penjara Wanita Kajang berserta 33 orang pegawai dan anggota.Ketibaan rombongan telah disambut oleh PKK Raja Mohd Amazon bin Raja Daud Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pahang bersama PP Ahmad Ikhwan Naim bin Mohd Zin Timbalan Pengarah Penjara Penor.

Pengisian program adalah lawatan ke Program Tafaqquh Fiddin di Masjid As-Syakirin Penjara Penor bagi melihat perjalanan program persijilan yang dijalankan secara berkolaborasi bersama Yayasan Pahang. Pada lawatan tersebut juga rombongan berpeluang mengikuti kelas pengajian bersama 50 orang penghuni yang disampaikan oleh Ustaz Shahril Aidi bin Ahmad Pengajar Kelas Agama Tafaqquh Fiddin lantikan Yayasan Pahang.

Seterusnya rombonga melawat Kompleks Tenun Pahang DiRaja Penjara Penor. Taklimat khas telah disampaikan oleh INSP Ku Mohamad Nasir bin Ku Mohamad Bashah dan INSP Naddzrey Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil. Ahli rombongan berpeluang melihat sendiri cara-cara tenunan oleh penghuni yang terlatih.