Matomo

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H/ 2023M Pusat Koreksional Jasin, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H/ 2023M Pusat Koreksional Jasin, Melaka

20 Mei 2022 (Sabtu) bertempat di Perkarangan Kuarters Kakitangan telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka melibatkan semua kakitangan dan ahli keluarga. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran TKP Roslan bin Haji Mohamed Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKP Mohd Idlan bin Jamil Pengarah Pusat Koreksional Jasin, serta Ketua Institusi dan wakil Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka.

Acara pada malam itu telah dianjur bersama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pusat Koreksional Jasin, Melaka (RESKA) serta Persatuan Isteri, Anak dan Anggota Serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) Cawangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Pengisian program majlis persembahan lagu Hari Raya, pertandingan gerai tercantik, pertandingan baju raya sedondon, cabutan bertuah dan sumbangan duit raya kepada anak-anak warga Pusat Koreksional Jasin, Melaka dan sumbangan barang keperluan kepada (2) keluarga asnaf. Majlis diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.