Matomo

Program Outreach "Sentuhan Kasih" Anjuran PPN Melaka & Parol Melaka Tengah Bersama Ahli Akrab Jabatan Penjara Malaysia Di Rumah Seri Kenangan, Cheng, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach "Sentuhan Kasih" Anjuran PPN Melaka & Parol Melaka Tengah Bersama Ahli Akrab Jabatan Penjara Malaysia Di Rumah Seri Kenangan, Cheng, Melaka

Pada 25 Mei 2023, Program Outreach "Sentuhan Kasih" telah diadakan di Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka dengan penglibatan kakitangan PPN Melaka, PPD Melaka Tengah, Ahli AKRAB Jabatan Penjara Malaysia, Orang Diparol (ODP), Orang Bebas Berlesen dan Pesalah Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi khidmat komuniti kepada masyarakat dengan menyantuni warga emas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi motivasi, senamrobik dan sesi ramah mesra bersama penghuni Rumah Seri Kenangan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seramai 30 ODP, OBB dan PKW menyertai program dengan memberikan khidmat bakti seperti melaksanakan kerja-kerja kebersihan kendiri warga emas dan keceriaan di kawasan persekitaran. Seramai 44 ahli AKRAB Jabatan Penjara Malaysia dan 8 ahli AKRAB dari Universiti Utara Malaysia (UUM) hadir menyertai aktiviti. Turut hadir menjayakan program ialah PKK Norneelah Binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, Tuan Haji Mohd Yazid Bin Hamzah Penguasa Rumah Seri Kenangan, PP Shaharudin bin Ahmad, PP Jalelah Binti Ismail, PP Mohd Kolek Bin Mohd Nor. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh TKP Roslan Bin Haji Mohamed Pengarah Penjara Negeri Melaka. Pelaksanaan program ini secara tidak langsung merintis kerjasama erat di antara Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka, Parol Melaka Tengah   Ahli AKRAB dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.