28 Mei 2023 (Ahad) - Pejabat Pengarah Negeri Kedah dengan kerjasama Penjara Sungai Petani telah diberikan penghormatan untuk menjadi pengelola Kejohanan Sukan Prison Interstate 2023 - Tenis. Kejohanan telah diadakan pada 25 Mei 2023 sehingga 28 Mei 2023 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah. Sebanyak 9 Kontinjen telah menyertai kejohanan ini terdiri daripada Kontinjen Penjara Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan.
Seramai 95 peserta daripada 9 kontinjen berkenaan telah berhempas-pulas untuk membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan Sukan Tenis Prison Interstate ke negeri masing-masing. Majlis perasmian pembukaan kehohanan telah disempurnakan oleh PKP Haji Abd Zaini bin Ibrahim, Pegawai Yang Menjaga Penjara Sungai Petani dengan pukulan pertama raket tenis di gelanggang utama kejohanan disulami dengan taklimat ringkas dan suntikan semangat kepada semua peserta. Berikut adalah keputusan kejohanan :-
KEPUTUSAN ACARA BERPASUKAN
Johan
Kontinjen Negeri Selangor
Naib Johan
Kontinjen Negeri Perak
Tempat Ketiga Bersama
Kontinjen Negeri Sembilan
Kontinjen Negeri Kedah
KEPUTUSAN ACARA TERBUKA
Johan
(Selangor) PKK Abd. Rahman bin Taib & TPP Ramli bin Omar
Naib Johan
(Selangor) PP Mohd Daud bin Idris & Sarjan 13202 Azizan bin Ali
Tempat Ketiga Bersama
(Johor) SJN Mohd Fareks bin Idrus & SJN Norizan
(Selangor) WDR 25796 Mohd Norasrikin bin Bahrah & WDR 22632 Mohd Asri bin Abdul
Aziz
Majlis penutupan telah diadakan di Kompleks Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah. Selain daripada para peserta kejohanan, majlis turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Sukan Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri, Prof. Ts. Dr. Azahari bin Md Hashim selaku Timbalan Rektor UiTM Cawangan Kedah, Ketua-Ketua Institusi Zon Utara, media cetak serta barisan petugas. Ucapan pembukaan majlis penutupan telah disampaikan oleh Pegawai Yang Menjaga Penjara Sungai Petani selaku pengelola kejohanan seterusnya ucapan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan telah disempurnakan oleh TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Kedah yang turut menyampaikan piala, medal dan hadiah wang tunai daripada Majlis Sukan Penjara Malaysia kepada para pemenang. Majlis disemarakkan lagi dengan persembahan band dari Penjara Pokok Sena dan nyanyian daripada 8 orang penghuni wanita Penjara Pokok Sena. Persembahan bertenaga daripada penghuni mendapat perhatian daripada Timbalan Rektor dan media yang telah memberikan penghargaan dan kepujian dengan harapan sukan dan pemulihan lebih cemerlang di jabatan koreksional.











