| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Ke Pusat Koreksional Bintulu

Pada 17 Mei 2023 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak telah menerima lawatan daripada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Seramai lima (5) orang daripada pihak SUHAKAM telah hadir dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh Dr. Chew Chee Ming. Lawatan ini melibatkan beberapa tempat di institusi termasuklah Blok Penempatan Penghuni, Blok Bengkel, Blok Sajian, dan Pejabat Pendaftar Banduan. Lawatan yang bermula pada jam 9 pagi ini merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak khususnya dan Jabatan Penjara Malaysia amnya dalam aspek pengurusan penghuni dan pengurusan penjara secara keseluruhannya.