12 MEI 2023 (JUMAAT) - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Penjara Penor Tahun 2023M/1444 Hijrah yang telah dihadiri seramai 800 orang ahli keluarga termasuk para jemputan.
Majlis ini telah dihadiri oleh YH Dato' Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan) dan isteri, YB Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan bin Sharif, Ahli Undangan Negeri Inderapura, Kuantan dan isteri, YH TKP Dato’ Abu Hassan bin Hussain, Pengarah Penjara Negeri Pahang dan isteri, PKK Faridon bin Md Saad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong dan isteri, Ketua-ketua Jabatan, Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) serta kakitangan dan ahli keluarga Penjara Penor & Pejabat Penjara Negeri Pahang. Selain meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia dalam suasana muhibah, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pemimpin dengan warga penjara serta komuniti setempat.
Acara ini adalah merupakan acara tahunan dan telah dianjur bersama Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Penjara Penor (KASBA), Koperasi Jabatan Penjara Malaysia (Penjara Penor) serta Persatuan Isteri, Anak-anak & Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) Cawangan Penjara Penor.
Majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah dan cabutan bonanza berupa Gold Bar kepada semua hadirin yang hadir serta pemberian duit raya kepada anak-anak. Majlis diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.
Yang Jauh Itu Waktu, Yang Dekat Itu Mati, Yang Besar Itu Nafsu, Yang Berat Itu Amanah, Yang Mudah Itu Berbuat Dosa, Yang Panjang Itu Amal Soleh, Yang Indah Itu Saling Memaafkan, SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.