Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Surau Penghuni Penjara Kajang telah diadakan pada hari Selasa, 16 Mei 2023 bermula jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Yazid Bin Disun, bacaan ayat suci al-Quran, bacaan doa, tazkirah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Azhari Bin Jaafar, Pembantu Hal Ehwal Islam Seksyen Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang, persembahan nasyid dan jamuan. Hadir sama dalam program ini ialah pegawai unit kebajikan serta unit vokasional dan industri Penjara Kajang. Seramai 120 orang banduan bersama dalam program ini.