Pejabat Pengarah Penjara Sarawak telah menganjurkan Program Lawatan Kerja Pegawai dan Kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Sarawak ke Lembaga Pemasyarakatan Kelas IIA, Pontianak & District Prison, Singkawang, Kalimantan Barat, Republik Indonesia mulai 27 hingga 30 April 2023. Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. TKJP Abd. Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), Jabatan Penjara Malaysia dan terdiri daripada seramai (24) orang Pegawai dan Kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Sarawak. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahkan kepada Pegawai dan Kakitangan Penjara Sarawak berkaitan dengan sistem koreksional Republik Indonesia khususnya Penjara di Kalimantan Barat.
Pada 27 April 2023 delegasi telah bertolak seawal jam 7.00 pagi dari Pejabat Pengarah Penjara Sarawak melalui IQCS Tebedu dan PLBN Entikong. Delegasi telah diiringi oleh Bapak Raden Sigit Witjaksono, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching bersama Pasukan Polri, Republik Indonesia sepanjang perjalanan menuju ke Pontianak, Kalimantan Barat. Jam 4.30 WIB (Waktu Indonesia Barat), Kunjungan Hormat telah diadakan kepada YBhg. Tuan Azizul Zekri bin Abd. Rahim, Konsul Malaysia di Pontianak yang diketuai oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan). Turut hadir bersama Konsul Jenderal Republik Indonesia dan Pengarah Penjara Sarawak.
Kemuncak program pada 28 April 2023, jam 8.30 WIB adalah Lawatan ke Lembaga Pemasyarakatan Kelas IIA, Pontianak. Delegasi telah disambut dengan pengalungan selendang dan persembahan oleh Warga Binaan Pemasyarakatan (WBP) Lembaga Pemasyarakatan Perempuan Kelas IIA, Pontianak. Delegasi juga berkesempatan meninjau ke dalam sel penempatan WBP disamping telah diperkenalkan Sistem Koreksional.
Seterusnya pada 29 April 2023, delegasi telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Pontianak seperti Tugu Khatulistiwa, Astana Karaton dan Rumah Radang. Makan Malam Ramah Mesra telah diadakan bertempat di Kapuas Hotel pada sebelah malamnya.
Hari terakhir pada 30 april 2023, delegasi telah bertolak balik dari Hotel Kapuas Pontianak ke Pejabat Pengarah Penjara Sarawak dengan melalui PLBN Aruk dan IQCS Biawak, Sematan.