Selasa, 02 Mei 2023, Penjara Pulau Pinang telah menerima Lawatan Kerja YB Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Refomasi Institusi). Lawatan tersebut bertujuan untuk berbincang dan berjumpa banduan SOSMA, Jenayah Terancang dan ATIPSOM. Lawatan turut dihadiri YBrs KP Supri Bin Hashim, Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan, TKP Zaidi Bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal & Berisiko Tinggi, Hj. Zulkifli Bin Hj. Abdul Manah, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKK Mahadzair Bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai dan PKP Mohamad Jusoh Bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang.