Pada 18 April 2023 (Selasa) Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah membuat edaran Polisi ABMS MS ISO 37001:2016 dan tayangan video penerangan mengenai Polisi ABMS kepada semua Pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka selepas melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah Bil.1/2023 Peringkat Penjara Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka. Majlis disempurnakan oleh TKP Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka.