13 April 2023 bersamaan 22 Ramadan 1444H (Khamis), telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Kamie Peringkat Penghuni bagi tahun 1444H/2023M. Program pada kali ini telah diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu jemputan terdiri daripada Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, rakan-rakan strategik dari Lembaga Nenas Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Melaka, MARDI, Jabatan Perikanan Negeri Melaka serta rakan-rakan CSR dari Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan SAORA Industries. Aturcara program dimulakan dengan Solat Asar secara berjemaah dan diteruskan dengan mengkhatamkan Al-Quran beserta bacaan Doa Khatam Al-Quran. Seramai (50) Orang Diselia (ODS) telah mengikuti Program Tadarus dan Khatam Al-Quran pada kali ini. Majlis Iftar Jamaie peringkat penghuni ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah, mantan Ahli Parlimen Jasin dan juga mantan Timbalan Menteri Pertanian. YBhg Datuk Seri juga berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada peserta tadarus sebagai motivasi dan ransangan kepada mereka.










