Pada 12 Mac 2023 (Rabu) bersamaan 21 Ramadan 1444H, Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaie Perdana Peringkat Penjara Sungai Udang tahun 2023. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. KJP Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad (Komisioner Jeneral Penjara), YDH. TKP Roslan bin Haji Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Melaka), YDH. TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang), Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka dan Agensi Jabatan Kerajaan Negeri Melaka dan kakitangan Penjara Sungai Udang bersama keluarga. Antara pengisian pada majlis tersebut ialah penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim Qariah Sungai Udang dan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan Penjara Sungai Udang yang disampaikan oleh YBhg. KJP Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad (Komisioner Jeneral Penjara).