| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadan Dan Khatam Al-Quran Penghuni Bersama Persiap Penjara Seremban Tahun 2023

Pada 14 April 2023 (Jumaat) Penjara Seremban telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan bagi tahun 2023 untuk menghayati bulan Ramadan dan membudayakan Al-Quran. Majlis dimulakan dengan bacaan tadarus Al-Quran oleh penghuni Penjara Seremban dan ceramah bicara ilmu oleh Ustaz Bukhari Safian, Penolong Pengarah Jabatan Wakaf, MAINS. Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada peserta khatam Al-Quran, Iman dan Bilal serta jemputan yang disampaikan oleh PKP Sharil bin Basir, Pengarah Penjara Seremban. Majlis turut diserikan dengan pelancaran tabung wakaf Van Jenazah Al-Baasith Negeri Sembilan dan penyampaian Mockup Cek Zakat Fitrah Penghuni. Majlis diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah kakitangan dan penghuni bersama para jemputan.