17 April 2023 bersamaan 26 Ramadan 1444H (Isnin), bertempat di Surau Al-Hidayah, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah berlangsung Majlis Pembayaran Zakat Fitrah Peringkat Penghuni bagi tahun 1444H/2023M. Status penghuni penjara tidak menghalang mereka untuk menunaikan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-4 ini. Seramai (311) Orang DiSelia (ODS) telah membayar zakat fitrah pada tahun ini berjumlah RM7.00 setiap orang yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM2,177.00. Sesi pembayaran Zakat Fitrah tersebut telah disaksikan oleh PKP Mohd Idlan bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka, PP Mohd Suffian bin Md Said, Timbalan Pengarah dan TPP Aswari bin Che Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin Melaka dan disempurnakan oleh wakil Amil Pusat Zakat Melaka, Ustaz Abdul Lathif bin Ismail, Ketua Unit Agama Pusat Koreksional Jasin. Bayaran Zakat Fitrah tersebut telah diserahkan kepada Pengurus Pusat Zakat Melaka daerah Jasin En Mohd Shahriazwan bin Mohd Zaini.