Pada 19 April 2023 (Rabu), bertempat di Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2023 Peringkat Penjara Negeri Melaka yang melibatkan (18) Orang Bebas Berlesen (OBB) dari Penjara Sungai Udang Melaka. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada penghuni penjara untuk merayakan Aidil Fitri di luar penjara khususnya bersama keluarga. Turut hadir menjayakan program TKP S. Gunasegaran a/l Shammugam, Pengarah Penjara Sungai Udang dan PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Program telah disempurnakan oleh TKP Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Rakan Media dari RTM Melaka, TV3, Utusan Malaysia, KOSMO dan Melaka Hari Ini turut membuat liputan program khas ini.