| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bubur Lambuk Kerjasama Kakitangan Dan Persiap Penjara Seremban Negeri Sembilan

Pada 6 April 2023 (Khamis) bersamaan 15 Ramadan 1444H, Penjara Seremban telah melaksanakan Program Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan 1444H/2023M Peringkat Kakitangan dan PERSIAP Penjara Seremban. Tujuan program diadakan adalah bagi mengimarahkan bulan Ramadan dan mengeratkan ukhuwah di kalangan warga Penjara Seremban. Program seperti ini dapat menyatukan ukhwah dan mengeratkan silaraturahim semua kakitangan. Pengisian program adalah memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada seluruh kakitangan Penjara Seremban serta kepada orang awam di hadapan Balai Pengawal Penjara Seremban. Simbolik penyerahan disampaikan oleh PKP Sharil bin Basir, Pengarah Penjara Seremban diiringi Pengerusi PERSIAP Puan Zarina binti Ab.Ghani dan kakitangan Penjara Seremban serta ahli jawatankuasa PERSIAP.