| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Sembilan

3 APRIL 2023 | ISNIN


Bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Sembilan diantara YDH PKK Nik Robidin bin Ab Rahman kepada YDH PKK Ahmad Mustaqim bin Che Bisi yang disaksikan oleh YDH TKP Hafidz bin Othman Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Aturcara majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku / Bakti Setia serta Sesi menandatangai Nota Serah Tugas dan upacara membawa masuk Tongkat Kuasa yang diketuai oleh Insp. Muhammad Fadhlan bin Abdul Fatah diringi Wadar Mohd Syafiq bin Mohd Darus serta Wadar Abdul Aziz bin Sumarno.

Majlis diberkati dengan bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Faizal bin Md. Akhir dan seterusnya diakhiri dengan sesi bergambar dengan anggota-anggota dan kakitangan yang hadir.

Turut Hadir bersama PKP Sharil bin Basir Pengarah Penjara Seremban, PKP Hasrul Anwar bin Hasim Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PP Shahrul Nizam bin Husain Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan Penjara Negeri Sembilan dan Pengerusi EXPOAM Negeri Sembilan.