| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-233 Peringkat Penjara Wanita Kajang

Bermula 21 Mac 2023 (Selasa) Penjara Wanita Kajang telah melaksanakan beberapa program Sempena Sambutan Hari Penjara Ke-233 yg bertemakan "Refomasi Ke Arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan". Antara program - program yang dilaksanakan adalah Program Zumba Dance Peringkat Penjara Wanita Kajang pada 22 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Kelab Penjara Kajang yang disertai oleh kakitangan institusi ini, disusuli dengan Program Tadarus Al-Quran Peringkat Kakitangan dan Banduan Penjara Wanita Kajang pada 24 Mac 2023 (Jumaat) bertempat di Surau institusi ini.

Seterusnya pada 30 Mac 2023 (Khamis) institusi ini turut mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke - 233 Peringkat Penjara Wanita Kajang dengan pengisian penyampaian Amanat Komisioner Jeneral Penjara (KJP) Dato Hj. Nordin Bin Hj. Mohamad yang disampaikan oleh PKK Zalina Binti Mohd Yunus, Pengarah Penjara Wanita Kajang, Ceramah Civilized Humane Culture Development Centre (CHCDC) yang disampaikan oleh Penguasa Penjara (PP) Zool Fadli Bin Ismail, Bahagian Pengurusan Banduan, IPPM dan Ceramah Integriti yang disampaikan oleh Encik Mohamad Hafiz bin A. Hamid, Penolong Pengarah Ketua Integriti, IPPM di mana disertai seramai (80) kakitangan Penjara Wanita Kajang bertempat di Auditorium Vokasional & Industri, IPPM.

Pada 31 Mac 2023 (Jumaat) iaitu hari terakhir bagi Bulan Mac 2023 dan Sempena Sambutan Hari Penjara ke - 233, Unit Agama PWK dengan kerjasama Unit Latihan PWK telah mengadakan Program "Ramadhan Mendidik Hati & Peribadi" dengan pengisian Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yassin dan Ucapan Tausiyah Sempena Bulan Ramadhan yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Nor Bin Amran, Bahagian Agama dan Kaunseling, IPPM bertempat di Surau Penjara Wanita Kajang yang disertai oleh kakitangan dan banduanita institusi ini.

Bagi mengakhiri Program Sempena Hari Penjara ke-233, Pengurusan Penjara Wanita Kajang juga telah membuat Program Menyantuni Kakitangan PWK di mana melawat kakitangan yang mengalami masalah kesihatan dan membuat penyerahan sumbangan kepada kakitangan yang mempunyai anak menghidapi penyakit kronik.

Pihak Pengurusan Penjara Wanita Kajang sentiasa memacu pelaksanaan CHCDC dalam kalangan kakitangan serta penghuni institusi ini bagi membentuk persekitaran penjara yang selamat dan sejahtera dengan pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan serta saling bekerjasama untuk membantu mengangkat aspek layanan berteraskan kemanusiaan seterusnya sama-sama mencapai visi dan misi Jabatan ini.