| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Dialog Bulanan Penjara Wanita Kota Kinabalu Bagi Bulan Mac 2023

Pada 30 Mac 2023, jam 1430 petang, telah diadakan Majlis Dialog Bulanan Peringkat Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu bertempat di Ruang Legar Family Hall. Majlis dipengerusikan oleh PKP Kesumawati Binti Ilas, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dan turut dihadiri oleh PP Maria Philip Kulip, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu serta barisan pegawai-pegawai kanan, anggota pelbagai pangkat dan kakitangan Awam.

Turut diadakan pada masa tersebut adalah taklimat ringkas berkenaan Hebahan Polisi MS ISO 37001: 2016 Anti -Bribery Management System ( ABMS ) sebagai satu inisiatif dan kesedaran kepada semua kakitangan yang telah disampaikan oleh KIP Rosnani Boboh. Selain itu turut disampaikan juga Taklimat Kewangan yang disampaikan oleh Puan Jubitah Sapin. Majlis diserikan lagi dengan cabutan tiket bertuah dan seterusnya berakhir pada jam 1615 petang.