| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Penjara Anjuran Wakaf Pulau Pinang

PULAU PINANG | 30 Mac 2023 (Khamis) Bersamaan 8 Ramadan 1444 Hijrah

Bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Penjara Seberang Perai telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Penjara anjuran Wakaf Pulau Pinang.

Majlis dimulai dengan persembahan nasyid oleh Penghuni Penjara Seberang Perai. Seterusnya ucapan aluan oleh PKK Haji Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan YBhg. Dato' Haji Samsuddin bin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Mock Cheque oleh YBhg. Dr Mohamed Hadi bin Abd Hamid, Ketua Jabatan Syariah, Etiqa Takaful Berhad kepada PKK Khairil Nizam bin Anuar, Pengarah Penjara Seberang Perai dan Penyerahan sumbangan daripada Wakaf Pulau Pinang kepada Penghuni Penjara berupa set solat.

Kemuncak program adalah majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Turut hadir YBhg. Dato' Amran bin Hazali, CEO Zakat Pulau Pinang, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai-pegawai Wakaf Pulau Pinang, Pegawai-pegawai Etiqa Takaful Berhad, PKP Mohamad Jusoh bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang, Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan Penjara Negeri Pulau Pinang.