30 Mac 2023 (Khamis) Muzium Penjara Malaysia telah melaksanakan Aktiviti Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk dan Edaran kepada semua pengunjung dan agensi kerajaan sekitar Bandar Hilir Melaka. Program yang disertai oleh semua kakitangan Muzium Penjara Malaysia itu bermula dengan sesi gotong-royong memasak seterusnya diedarkan oleh TPP Abu Sufian Bin Mansoor (Pengarah Muzium Penjara Malaysia) kepada setiap pengunjung muzium.
Edaran juga dilakukan kepada kakitangan Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) dan anggota Balai Polis Bandar Hilir Melaka.
Program seperti ini dapat menyatukan ukhwah dan mengeratkan silaturahim semua kakitangan serta berpeluang bersedekah di Bulan Ramadhan disamping memperkenalkan Muzium Penjara Malaysia di kalangan orang awam.