| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-233 Dan Majlis Iftar Ramadan Peringkat Penjara Negeri Perak Tahun 2023

29 MAC 2023M / 7 Ramadan 1444H - Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping telah diamanahkan oleh Pejabat Penjara Negeri Perak bagi merealisasikan Sambutan Hari Penjara Peringkat Penjara Negeri Perak Dan Iftar Perdana Peringkat Penjara Negeri Perak.

Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang dengan Sambutan Hari Penjara di Auditorium Ilmu, PULAPEN Taiping dengan diserikan oleh kehadiran TKP Kamarul Alam bin Taib, Pengarah Penjara Tapah Menjalankan Tugas Sebagai Pengarah Penjara Negeri Perak, Pengarah-Pengarah dan Komandan Institusi Penjara Negeri Perak serta 280 orang kakitangan dari seluruh institusi Penjara Negeri Perak.

Aturcara majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh TPP Mohd Amirzal bin Abdullah, Timbalan Komandan Latihan dan Akademik PLPP dan Ceramah bertajuk Kepimpinan Integriti yang disampaikan oleh Encik Anwar Sidek bin Yarudin, Naib Presiden 5 Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW).

Majlis Iftar Ramadan diteruskan pada jam 6.30 petang di Auditorium Ilmu, PULAPEN Taiping dan dimulai dengan Selawat Perdana serta Bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh WDR Mohd Shahamirul bin Sharudin. Majlis diteruskan dengan Jamuan Iftar di perkarangan Balai Tamu Padang Kawad PULAPEN Taiping. Selesai iftar, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah dan diakhiri dengan Tazkirah Terawih yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Izzat Syafiq bin Mohd Tarmizi dari Jabatan Mufti Negeri Perak.

Penganjuran Majlis sebegini adalah selari dengan slogan Malaysia Madani dimana ianya bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.