Rabu, 12 April 2023 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Kajang Bersama Pertubuhan Kebajikan Dana Insan Malaysia bermula jam 6.00 petang. Majlis dimulakan dengan majlis khatam al-Quran yang dipimpin oleh SJN Muhammad Hafis Bin Mohamad Foizi. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati yang disempurnakan oleh PKK Tuan Kamarulzaman Bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, PKK Tuan Preshahdin Bin Monshee, Timbalan Pengarah Penjara Kajang dan Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dana Insan Malaysia. Majlis diteruskan lagi dengan takzirah penghayatan Ramadhan, majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Hadir sama dalam program ini TKP Tuan Mohd Roslen Bin Ramli, Pengarah Penjara Kajang. Seramai 200 orang banduan bersama dalam program ini.










