Pada 11 April 2023 telah diadakan Majlis Iftar Ramadan Peringkat Institusi Penjara Pulau Pinang di Dewan Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Pulau Pinang. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak Timbalan Komisiner Jeneral Penjara( Keselamatan & Koreksional) yang diiringi oleh PKK Haji Zulkifli Bin Abdul Manah Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan PKP Mohamad Jusoh Bin Ismail Pengarah Penjara Pulau Pinang selaku tuan rumah. Majlis turut dihadiri oleh TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengarah Penjara Negeri Kedah dan PKK Mahadzair Bin Che Daud Pengarah Penjara Seberang Perai bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain serta seluruh warga Penjara Pulau Pinang. Aturcara majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan dari Zakat Pulau Pinang oleh Encik Mahroos Bin Abdullah dan sumbangan dari YAPEIM oleh Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Haji Adnan kepada Penjara Negeri Pulau Pinang. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak juga telah menyampaikan sumbangan Kasih Ramadan kepada anggota dan kakitangan Penjara Pulau Pinang yang terpilih.