| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Kali Ke-233 Peringkat Negeri Pahang

Pada 22 Mac 2023 (Rabu)- Penjara Penor telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Kali Ke -233 Peringkat Negeri Pahang. Majlis tersebut dirasmikan oleh TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain (Pengarah Penjara Negeri Pahang). Turut hadir pada majlis tersebut ialah TKP Mohamad bin Ismail (Pengarah Penjara Bentong), PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi (Pengarah Penjara Penor) serta PKK Charin Promwichit (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pahang).

Majlis ini melibatkan kehadiran anggota daripada Pejabat Pengarah Negeri Pahang, Penjara Penor serta Penjara Bentong. Program tersebut dimulakan dengan Perutusan Komisioner Jeneral Penjara, Pemakaian Pangkat serta Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain (Pengarah Penjara Negeri Pahang).

Selain itu juga, Agenda Program diteruskan lagi dengan Lawatan Kebajikan ke atas kakitangan oleh TKP Dato Abu Hasan bin Hussain (Pengarah Penjara Negeri Pahang). Turut serta TKP Mohamad bin Ismail (Pengarah Penjara Bentong), PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi (Pengarah Penjara Penor) serta PKK Charin Promwichit (Timbalan Pengarah Negeri Pahang).

Program Sambutan Hari Penjara juga dimeriahkan lagi dengan Aktiviti Senam robik ,Pertandingan Memancing dan Sukaneka (Indoor Games).