| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Executive Talk Serta Majlis Berbuka Puasa Warga Kerja Penjara Negeri Sembilan Bersama Ybhg. Kjp Dato' Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara

28 Mac 2023 | Selasa, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban telah diadakan Executive Talk dan Majlis Berbuka Puasa warga kerja Penjara Negeri Sembilan bersama YBhg. KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad Komisioner Jeneral Penjara. Majlis turut diadakan sesi penyampaian Pingat Komisioner Jeneral Penjara.

Senarai penerima Pingat adalah :

Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Pertama :

1) PP Zakaria bin Mat Jusof
Timbalan Pengarah Penjara Seremban

Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Kedua:

1) KIP Hishamuddin bin Nasar
Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah
Tampin

2) Koperal 178401 Ahmad Muaz bin Md Subri
Polis Diraja Malaysia

Antara Intipati Executive Talk yang disampaikan mengenai halatuju Jabatan yang berkonsepkan Reformasi ke Arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan. Ianya memerlukan sokongan yang kuat dan utuh daripada semua kakitangan Jabatan Penjara Malaysia untuk mencapai kejayaan. Menjadikan kakitangan penjara pemangkin generasi mendidik kebudayaan kemanusian kepada Banduan yang menjalani hukuman sehingga dibebaskan.

YBhg. Dato' KJP turut sudi melapangkan masa untuk berbuka puasa bersama kakitangan dan keluarga Penjara Negeri Sembilan. Pengisian majlis dengan penyampaian ceramah ihya Ramadan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Khalilullah bin Hamdan. YBhg. Dato' KJP juga menyampaikan sumbangan kepada 13 orang Anak Yatim daripada Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Perempuan Mawarku, Paroi Negeri Sembilan.

Turut Hadir bersama PKP Hasrul Anwar bin Hasim Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PKP Sharil bin Basir Pengarah Penjara Seremban, PP Shahrul Nizam bin Husain Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PP Zakaria bin Mat Jusoh Timbalan Pengarah Penjara Seremban, PP Rahmat bin Abdullah Timbalan Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, TPP Shollehin bin Dahari Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin dan seluruh kakitangan warga Penjara Negeri Sembilan.