29 MAC 2023 – Bertempat di Dewan Datuk Mustafa bin Osman, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan diadakan Sambutan Hari Penjara Ke-233 bertema “Reformasi Kearah Pusat Pembangunan Peradapan Budaya Kemanusian”. Majlis disempurnakan oleh PKK Mat bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Kelantan. Turut hadir PKK Mohd Nasir bin Yusof, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, PKK Wan Sani bin Ab Latiff, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Puan Roslaini Binti Hj Ali, Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Negeri Kelantan, Puan Ruzila Binti Ab Halim, Pengerusi PERSIAP Cawangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, , PP Ismawi bin Ismail, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Krai, TPP Azlan bin Musa@Muhammad, Komandan Penjara Satelit Pasir Mas, Pengerusi EXPOAM dan AJK EXPOAM Negeri Kelantan.Majlis ini telah dihadiri oleh 320 orang pegawai , anggota dan kakitangan awam Penjara Negeri Kelantan. Perbarisan diketuai oleh TPP Hj. Roslan bin Jusoh.
Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku dan Bakti Setia. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena dengan Sambutan Hari Penjara Ke 233 oleh Pengarah Penjara Negeri Kelantan, PKK Mat bin Yaacob.
Majlis diteruskan lagi dengan Perasmian Unit Dron PPA Machang oleh PKK Mat bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Kelantan, diring oleh PKK Wan Sani Bin Ab Latiff, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan PKK Mohd Nasir bin Yusof , Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.
Majlis diakhiri dengan sesi ziarah kerumah pesara-pesara, kakitangan dan pasangan Penjara Negeri Kelantan, yang menghidap penyakit kronik oleh Pengarah-Pengarah Institusi Negeri Kelantan, Pegawai-Pegawai ,PERSIAP, dan AJK EXPOAM.