Pada 28.03.2023 bersamaan dengan 06 Ramadhan 1444H Unit Agama dengan kerjasama jawatankuasa Surau Asma' Ul-Husna, Penjara Limbang telah mengadakan Program Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan 1444H/2023M Peringkat Kakitangan Penjara Limbang.
Tujuan program diadakan adalah bagi mengimarahkan bulan Ramadhan Dan mengeratkan ukhuwah di kalangan warga penjara Limbang. Pengisian program adalah membuat bubur lambuk untuk diagihkan kepada seluruh kakitangan Penjara Limbang serta kepada orang awam di hadapan Balai Penjara Limbang.
Simbolik penyerahan disampaikan oleh PKP Jaafar bin Timbang, Pengarah Penjara Limbang diiringi oleh TPP Estil Anak Ningkan dan TPP Azrul bin Yahya, juga disertai oleh para kakitangan Penjara Limbang.