| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke 233 Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang

22 Mac 2023 (Rabu) Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-233 dengan tema ‘Reformasi Ke Arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan’ Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan oleh PKK Haji Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Penjara Pulau Pinang. Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang turut menyampaikan Anugerah kepada pegawai dan anggota yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Majlis diserikan lagi dengan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang membacakan Perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena Hari Penjara Ke-233 Tahun 2023. Program diteruskan dengan ceramah Integriti peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang yang disampaikan oleh Prof Dr Mohd Anuar bin Arsyad, Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pembangunan diri individu serta organisasi secara berterusan. Menerapkan nilai integriti yang kuat sebagai asas organisasi serta memupuk nilai-nilai murni dalam diri kakitangan. Seterusnya program Hari Penjara diteruskan dengan menziarahi Sjn (B) 1574 Muhammad Ishak bin Ahmad yang merupakan mantan penjaga gol bolasepak Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Penjara Malaysia. Pada sesi petang telah diadakan program sukan sempena Hari Penjara yang berlangsung di Mini Stadium, Penjara Seberang Perai. Antara sukan yang dipertandingkan adalah perlawanan Bola Sepak, Bola Jaring dan Pertandingan Mewarna untuk anak-anak kakitangan.