| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-233 Peringkat Penjara Pusat Kota Kinabalu Tahun 2023 21 Mac 2023

Bertempat di Penjara Pusat Kota Kinabalu diadakan Sambutan Hari Penjara Ke-233 bertema "Reformasi Kearah Pusat Pembangunan Peradapan Budaya kemanusian". Tentatif dimulakan dengan Perhimpunan Peringkat Institusi. Majlis ini telah dihadiri 120 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam, Perbarisan ini diketuai oleh TPP Marcellimus Thom Benjamin. Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 peringkat Penjara Pusat Kota Kinabalu di Rasmikan Oleh TKP Hjh Nora binti Musa Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan. Turut Hadir PKK Abd Rauf bin Lang Pasih Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan, PKK Teyun Thian Eim Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKP Kasumawati binti Illas, pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majlis Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Air ku dan Bakti Setia. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian Sijil Penghargaan kepada 7 org kakitangan yang terdiri dari pegawai kanan dan lain-lain pangkat. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sumbangan Derma Khairat kepada Balu kepada Arwah Sjn 19228 Mohd Ardlin bin Abd Majid yang telah meninggal dunia pada 12 Feb 2023. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Amanat Dato' KJP Sempena Sambutan Hari Penjara ke-233. Majlis Perhimpunan diakhiri dengan sesi bergambar. Diantara program yang di jalankan sempena Sambutan Hari Penjara Ke-233 Peringkat Penjara Pusat Kota Kinabalu adalah Program Ceramah intergriti & Motivasi dari Puan Aini binti Awang daripada Jabatan SPRM, Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan dengan kerjasama HQE2 dan Tabung Darah Negara Sabah, Gotong Royong Perdana dan Bacaan Doa Selamat di Surau Kuarters Taman Mat Salleh.