Pada 13 April 2023 (Khamis), bertempat di Masjid As-Salimin Kampung Kandang Bukit Lintang Melaka, PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah telah menganjurkan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama (15) ODP dan (15) OBB iaitu Iftar Ramadan bersama Komuniti Masjid As-Salimin dan bayaran zakat fitrah kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Program diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Komuniti Kampung Kandang, Bukit Lintang mengenai Sistem Parol dan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk memupuk sifat keterbukaan dalam masyarakat untuk menerima dan menyokong ODP/OBB menjalani kehidupan apabila kembali ke pangkuan masyarakat.
Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Hj Hasnol Bin Haji Hussin, Pengerusi Melaka Sentral. Turut hadir YBhg. Datuk Haron Bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Penjaja Negeri Melaka dan Pengerusi Koperasi Bantuan Rakyat Malaysia, TKP Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka, ASP Zainal Bin Adon, Ketua Balai Polis Merlimau, Hj Othman Bin Abu Kassim, Pengurus Syarikat Impian Bersama (Penaja Utama Program Iftar), Encik Abdul Malek Bin Hussin, Pengerusi Masjid As-Salimin Kampung Kandang Bukit Lintang Melaka.