RABU, 08 April 2023 – Berlangsungnya program Ihya’ Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan yang dikelolakan oleh Institusi Penjara Tawau yang bertempat di Dewan Wawasan, Taman Ehsan. Majlis disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Nordin Bin Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara diiringi oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan YDH TKP Hajah Nora binti Musa. Hadir bersama Timbahan Pengarah Penjara Negeri Sabah PKK Abdul Rauf Bin Lang Pasih dan semua Ketua-ketua Institusi Penjara Sabah.
Di antara pengisian progam adalah Majlis Khatam al-Quram, Tazkirah Ramadhan dan Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak Asnaf, Imam Bilal Tarawih, Peserta Khatam al-Quran, Petugas Surau serta sumbangan kebajikan Take 1 kepada pesara SM Albani Bin Lisani dan sumbangan POA kepada waris gemulah SI Patmah Bte Taip. Majlis diakhiri dengan Solat Sunat Tarawih berjemaah dan moreh.
Sumbangan Kebajikan Take 1 kepada pesara SM Albani bin Lisani
Sumbangan POA kepada waris gemulah SI Patmah Bte Taip
Lawatan ke Penjara Tawau
Majlis Berbuka Puasa
Sumbangan kepada anak-anak Asnaf, Imam Bilal Tarawih, Peserta Khatam al-Quran dan Petugas Surau
Solat Sunat Tarawih dan Moreh